SIPNOSIS PERTAMA :
930256 L/KPL TUKIMAN BIN JAYONIN
930256 L/KPL TUKIMAN BIN JAYONIN
PASUKAN : 3 REJIMEN RENJER DIRAJA
TARIKH : 06 JANUARI 1976
TEMPAT : LEBUH RAYA TIMUR BARAT, GRIK
RINGKASAN KEJADIAN : SATU OPERASI MENENTANG KOMUNIS DIPROJEK LEBUH RAYA TIMUR BARAT, BANDING /GRIK, PERAK DR [ OPS BANDING 11 ] SEDANG DIADAKAN . PADA 6 JANUARI 1976 LEBIHKURANG JAM 0750H, PASUKAN RONDA KESELAMANTAN TELAH DITUGASKAN UNTUK MEMBUAT RONDAAN KAWASAN YANG DIARAHKAN SEJAUH 100 KE 200 METER DARI JALAN PROJEK, JARAK KIRA-KIRA 2 KM KE 3 KM GR 670121. KIRA-KIRA JAM 1030H SEWAKTU MENUJU KELUAR JALAN SAYA TELAH TERPIJAK JERANGKAP SAMAR YANG DITANAM OLEH PIHAK PENGGANAS. AKIBAT DARI KEMALANGAN TERSEBUT KAKI KANAN SAYA TELAH HANCUR HINGGA KEPARAS LUTUT. BANTUAN RAWATAN KECEMASAN TELAH DIBERIKAN OLEH RAKAN-RAKAN SEPASUKAN DAN SETERUSNYA SAYA TELAH DIHANTAR KEHOSPITAL BESAR IPOH. BAGI MENGELAKKAN SEBARANG JANGKITAN BERLAKU AKIBAT DARI KECEDERAAN TERSEBUT, KAKI KANAN SAYA TERPAKSA DIPOTONG HINGGA KEPARAS PEHA. PERATUS HILANG UPAYA SAYA IALAH SEBANYAK 70 %
SIPNOSIS KEDUA :
23692 KPL MOHD SHAFIEE BIN HAJI SULAIMAN
23692 KPL MOHD SHAFIEE BIN HAJI SULAIMAN
PASUKAN : 16 RAMD / REJ 503 AW
TARIKH : 29 APRIL 1974
TEMPAT : BATU MELINTANG
RINGKASAN KEJADIAN : SEKSYEN SAYA TELAH DITUGASKAN UNTUK MEMBUAT RONDAAN KESELAMATAN SEMPENA DENGAN DENGAN KEHADIRAN YAB MENTERI BESAR KELANTAN BAGI MERASMIKAN PROJEK JIWA MURNI DIKAWASAN BATU MELINTANG, KELANTAN DARUL NAIM. SAYA BERSAMA SEKSYEN SAYA PERGI MENUJU KEKAWASAN YANG DIARAHKAN YANG MEMAKAN MASA SELAMA BEBERAPA JAM. SETIBA SAYA KETEMPAT YANG DIARAHKAN PADA WAKTU TENGAHARI SAYA TELAH MEMBUAT TINJAUAN DAN PEMERIKSAAN DISEKITAR KAWASAN TERSEBUT DAN SAYA AMAT TERKEJUT APABILA SAYA MENDAPATI TELAH TERPIJAK LOGAM YANG MENYERUPAI ROKET YANG BERADA DISISI KAKI SAYA. ROKET ITU TERTANAM SETENGAH KAKI DIDALAM TANAH. SAYA MENGARAHKAN ANGGOTA DALAM SEKSYEN UNTUK BERUNDUR JAUH DARI KAWASAN YANG TERDAPAT ROKET TERSEBUT. APA YANG AMAT MENGHAIRANKAN SAYA KETIKA TERPIJAK DIATAS ROKET TERSEBUT TIADA SEBARANG LETUPAN BERLAKU DAN SAYA MENARIK LAFAS LEGA KERANA TERSELAMAT DARI SEBARANG KEMALANGAN. TETAPI MALANG TIDAK BERBAU APABILA SAYA CUBA UNTUK BERPUSING KEBELAKANG DENGAN MEMEGANG SEBATANG POKOK KECIL MAKA BERLAKULAH SATU LETUPAN YANG AMAT KUAT. SAYA TERCAMPAK HAMPIR 5 METER DARI TEMPAT LETUPAN BERLAKU. SAYA TERUS MELIHAT KEADAAN DIRI SAYA DAN SAYA DAPATI KEDUA-DUA KAKI SAYA TIADA SEBARANG KECEDERAAN TETAPI SAYA DAPATI BANYAK LIMPAHAN DARAH BERHAMPIRAN SAYA. SETELAH SAYA BANGUN UNTUK BERDIRI, PADA KETIKA ITU BAHARULAH SAYA SEDAR BAHAWA DARAH ITU DATANG DARI KECEDERAAN PERUT SAYA YANG TELAH TERBURAI KELUAR. SAYA TELAH DIBERIKAN RAWATAN KECEMASAN OLEH ANGGOTA SEKSYEN SAYA DAN TERUS DIHANTAR KE HOSPITAL KOTA BHARU, KELANTAN UNTUK MENERIMA RAWATAN SELANJUTNYA
SIPNOSIS KETIGA :
30515 KPL SUPARMAN BIN TAIB
PASUKAN : REJIMEN 503 AW
TARIKH : 14 MAC 1981
TEMPAT : MARKER ECHO - KG LALANG KROH, PERAK DR
RINGKASAN KEJADIAN : SAYA BERSAMA ANGGOTA SEKSYEN SAYA DITUGASKAN UNTUK MEMBUAT RONDAAN PEMBERSIHAN DIKAWASAN MARKER ECHO SELAMA SATU MINGGU MULAI 8 MAC 1981 HINGGA 14 MAC 1981. PADA HARI TERAKHIR TUGASAN SAYA DIKAWASAN TERSEBUT, SAYA SELAKU KETUA SEKSYEN BERADA DIHADAPAN SEBAGAI KETUA PENINJAU TELAH TERPIJAK JERANGKAP SAMAR YANG DITANAM OLEH PIHAK PENGGANAS KOMUNIS. AKIBAT DARI TERPIJAK JERANGKAP SAMAR TERSEBUT, TELAH MENGAKIBATKAN KAKI KIRI SAYA TERPUTUS MANAKALA KAKI KANAN SAYA HANYA CEDERA. SAYA TELAH DIHANTAR KE HOSPITAL BESAR ALOR STAR, KEDAH UNTUK MENERIMA RAWATAN LANJUT DAN SAYA TELAH KEHILANGAN KAKI KIRI SAYA. PERATUS HILANG UPAYA SAYA IALAH SEBANYAK 40 %
SIPNOSIS KEEMPAT :
300999 PW 11 MUHAMMAD RAZALI BIN DIN
PASUKAN : 8 SKN KOR JURUTERA DIRAJA
TARIKH : 15 MAC 1977
TEMPAT : BANDING, GRIK PERAK DR
RINGKASAN JADIAN : PADA TANGGAL 15 MAC 1977 SEMASA OPERASI " GP NAGA / OP'S FOXTROT " TERUP DARI 8 SKN JURUTERA DIANGGOTAI OLEH SAYA SENDIRI TELAH DITUGASKAN UNTUK MEMBERSIHKAN JERANGKAP SAMAR YANG DITANAM OLEH PIHAK PENGGANAS KOMUNIS DISEMPADAN ANTARA MALAYSIA DAN THAILAND DIKAWASAN BANDING, PERAK DR. PEMBERSIHAN TELAH DILAKUKAN SECARA TAKTIKAL YAKNI DARI SATU PETAK KESATU PETAK SEHINGGALAH SELESAI KAWASAN YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN. SETELAH PEMBERSIHAN DIJALANKAN SAYA TELAH MENGARAHKAN ANGGOTA UNTUK BEREHAT SEMENTARA SAYA SEORANG DIRI MENERUSKAN MEMBUAT TINJAUAN BAGI MERANCANG TUGAS BAGI KEESUKAN HARINYA. PADA LEBIH KURANG JAM 1545H, LEBIH KURANG 15 ELA DARI TEMPAT ANGGOTA SAYA SEDANG BEREHAT, NASIB MALANG TELAH MENIMPA KEATAS DIRI SAYA , APABILA SAYA TELAH DENGAN TIDAK DISEDARI TERPIJAK JERANGKAP SAMAR MUSUH DIKAWASAN YANG MASIH BELUM LAGI DIBUAT PEMBERSIHAN. AKIBAT DARI KEMALANGAN ITU KAKI KIRI DAN MATA KIRI SAYA TELAH TERCEDERA DENGAN TERUK. SAYA TELAH DIHANTAR KE HOSPITAL BESAR PULAU PINANG UNTUK MENDAPAT RAWATAN LANJUT ATAS KECEDERAAN SAYA ITU. KAKI KIRI SAYA TERPAKSA DIPOTONG SEHINGGA PARAS LUTUT, MANAKALA MATA KIRI SAYA TIDAK BERFUNGSI DENGAN JELAS AKIBAT DARI SERPIHAN LOGAM JERANGKAP SAMAR YANG TELAH MASUK KEMATA SAYA. PERATUS HILANG UPAYA SAYA IALAH 20 %
SIPNOSIS KELIMA :
1044157 KPL MOHD ZOHIR BIN HUSSEIN
PASUKAN : MARKAS STESYEN STAF TAIPING
TARIKH : 01 JAN 1985
TEMPAT : PERAK DR
RINGKASAN KEJADIAN : TIADA RINGKASAN YANG DAPAT DIBERIKAN. KECEDERAAN YANG DIALAMI IALAH KAKI KANAN TERPAKSA DIPOTONG HINGGA PARAS PEHA DAN KAKI KIRI CEDERA DITUMIT
SIPNOSIS KEENAM :
1045917 KPL ABDUL RAZAK BIN SAAD
PASUKAN : MARKAS STESYEN STAF TAIPING
TARIKH : 27 NOVEMBER 1984
TEMPAT : SAUK, KUALA KANGSAR, PERAK DR
RINGKASAN KEJADIAN : PADA 27 NOB 1984 KETIKA SEDANG MENJALANKAN TUGAS SAYA TELAH TERPIJAK JERANGKAP SAMAR MUSUH DAN TELAH MENGALAMI KECEDERAAN DIKAKI DAN JUGA MATA. KAKI KIRI SAYA TERPAKSA DIPOTONG HINGGA PARAS BUKU LALI MANAKALA MATA KANAN SAYA TELAH BUTA. PERATUS HILANG UPAYA SAYA IALAH 60 %
SIPNOSIS KETUJUH :
17995 KPL HASHIM BIN ISMAIL
PASUKAN : 16 RAMD / REJ 503 AW
TARIKH : 26 JULAI 1977
TEMPAT : SG PADI WENG, THAILAND
RINGKASAN KEJADIAN : PADA TANGGAL 26 JULAI 1977 LEBIH KURANG JAM 0800H, DALAM ' OP'S CAHAYA BENA 2 ' ANTARA MALAYSIA DAN THAILAND, SAYA TELAH DIARAHKAN OLEH KETUA PLATUN UNTUK MEMBUAT RONDAAN KESELAMATAN. SAYA MENGETUAI SATU SEKSYEN UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS TERSEBUT DIKAWASAN YANG TELAH DIARAHKAN. SETELAH SELESAI TUGAS DALAM PERJALANAN BALIK KE PENGKALAN, LEBIH KURANG JAM 1045H,SAYA TELAH TERPIJAK JERANGKAP SAMAR YANG DIPASANG OLEH MUSUH. SATU LETUPAN KUAT TELAH KEDENGARAN BERHAMPIRAN SAYA DAN SETERUSNYA SAYA TELAH MEMERIKSA SELURUH ANGGOTA BADAN SAYA. SAYA DAPATI DARAH TERUS MENGALIR DIKEDUA-DUA BELAH TANGAN SAYA. SAYA JUGA DAPATI KAKI KIRI SAYA BERLUMURAN DARAH DAN KASUT YANG SAYA PAKAI TELAH HANCUR AKIBAT LETUPAN KUAT SEBENTAR TADI. KAKI KIRI SAYA DARI TAPAK KAKI HINGGA KETUMIT TELAH HANCUR. SAYA TELAH DIBERI RAWATAN KECEMASAN OLEH RAKAN PASUKAN DAN BERUSAHA UNTUK MENGHANTAR SAYA KELUAR DARI KAWASAN OPERASI UNTUK MENDAPAT RAWATAN SELANJUTNYA. SAYA TELAH HAMPIR 2 JAM MENUNGGU BARULAH HELIKOPTER TIBA DAN BERJAYA MEMBAWA SAYA KE HOSPITAL BESAR KOTA BHARU, KELANTAN
SIPNOSIS KELAPAN :
31222 KPL ABD JALIL BIN SAHLI
PASUKAN : RAMD
TARIKH : 15 FEBRUARI 1985
TEMPAT : GUBIR, KEDAH
RINGKASAN KEJADIAN : Pada 15 Feb 1985 saya terpijak jerangkap samar musoh di Gubir Kedah. Kaki kiri saya di potong 4 inci dari paras lutut.Sekian.
SIPNOSIS KESEMBILAN :
1031252 KPL MAIYUDDIN BIN KULUP
PASUKAN : REJ 503 AW
TARIKH : 08 JANUARI 1981
TEMPAT : BALING, KEDAH
RINGKASAN KEJADIAN : TIADA SEBARANG RINGKASAN TERPERINCI YANG DAPAT DIPAPARKAN. KECEDERAAN AKIBAT TERPIJAK JERANGKAP SAMAR KAKI KANAN TERPAKSA DIPOTONG KEPARAS BUKU LALI KETIKA MENJALANKAN OPERASI DIKAWASAN WENG, BALING, KEDAH. PERATUS HILANG UPAYA IALAH 30 %
SIPNOSIS KESEPULUH :
28943 KPL ADLI BIN RASHID
PASUKAN : BN KE 12 RAMD / MARKAS 2 BDE
TARIKH : tiada rekod
TEMPAT : KAWASAN OPERASI DIBETONG, THAILAND
RINGKASAN KEJADIAN : KETIKA MENYERTAI OPERASI BERSAMA ANTARA MALAYSIA DAN THAILAND, OPERASI " SELAMAT SAWADEE " DI BETONG, THAILAND, KOMPENI SAYA SEDANG BERGERAK KEKAWASAN BARU DAN KETIKA SAYA SEDANG MENYEBERANG ANAK SUNGAI TERDAPAT SEBATANG POKOK YANG TELAH TUMBANG. SAYA TELAH MENITI POKOK TERSEBUT UNTUK MENYEBERANGI ANAK SUNGAI DAN TANPA DIDUGA SAYA TELAH TERPIJAK JERANGKAP SAMAR YANG DIPASANG OLEH PIHAK MUSUH DIPOKOK YANG SUDAH TUMBANG TADI, AKIBAT DARI KEMALANGAN ITU KAKI KANAN SAYA TELAH PUTUS SERTA MERTA HINGGA PARAS BUKU LALI. PERATUS HILANG UPAYA SAYA IALAH 30 %
PASUKAN : MARKAS STESYEN STAF TAIPING
PASUKAN : BN 9 RENJER DIRAJA
SIPNOSIS KESEBELAS :
1059741 L/KPL AMIR HAMZAH BIN RAMLI
PASUKAN : BN KE 9 RENJER DIRAJA
TARIKH : TAHUN 1992
TEMPAT : TAWAU, SABAH
RINGKASAN KEJADIAN : KEJADIAN BERLAKU KETIKA SAYA MENJALANKAN EKSESAIS " GONZALES LASAK " DITAWAU, SABAH. KENDERAAN YANG SAYA NAIKI TELAH TERBALIK. AKIBAT DARI KEMALANGAN TERSEBUT, KAKI KANAN SAYA MENGALAMI KECEDERAAN TERUK DAN TERPAKSA DIPOTONG HINGGA PARAS PEHA. PERATUS HILANG UPAYA SAYA IALAH 50 %
SIPNOSIS KEDUA BELAS :
30482 SSJN AHMAD TERMIZI BIN KHALID
PASUKAN : RAMD / KP [ BK ]
TARIKH : 22 NOVEMBER 1976
TEMPAT : GUBIR, KEDAH
RINGKASAN KEJADIAN : PADA HARI KEMALANGAN TERSEBUT SAYA SEDANG MEMBUAT TUGAS RONDAAN KESELAMATAN KETIKA DALAM OPERASI " OP'S KOTA " DIGUBIR, KEDAH. SEMASA MEMBUAT RONDAAN SAYA TELAH TERPIJAK JERANGKAP SAMAR YANG MENYEBABKAN KAKI KANAN SAYA TERPAKSA DIPOTONG KEPARAS BUKU LALI. PERATUS HILANG UPAYA SAYA IALAH 40 %
SIPNOSIS KE EMPAT BELAS :
21256 SJN HASSANUDDIN ABD KARIM
PASUKAN : 22 REJIMEN GERAK KHAS [ KOMANDO ]
TARIKH : 11 JULAI 1978
TEMPAT : KLIAN INTAN, PERAK DR
RINGKASAN KEJADIAN : KETIKA SAYA TERLIBAT DALAM OPERASI " KOTA ECHO LIMA " DI KLIAN INTAN, PERAK DR, SAYA BERSAMA 7 ORANG ANGGOTA SEDANG MEMBUAT ' FOLLOW - UP ' ATAU MENGESAN MUSUH YANG TELAH MEMBUAT SERANG HENDAP TERHADAP PASUKAN POLIS HUTAN. SEMASA MEMBUAT TUGAS ITU SAYA TELAH TERPIJAK JERANGKAP SAMAR YANG MENYEBABKAN KAKI KIRI SAYA PUTUS.
SIPNOSIS KELIMA BELAS : 300629 KAPT ROSLAN BIN MOHD DIN
PASUKAN : ARMOR DIRAJA
TARIKH : 1976, 1978,1979,1983 - 1998 DAN 1999
TEMPAT : PORT DICKSON, SG BESI, SG UDANG, KEM TERENDAK DAN KEM PULASAR, SARAWAK
RINGKASAN KEJADIAN : PADA TAHUN 1976 KETIKA MENJALANI LATIHAN HOKI BAGI MENGHADAPI KEJOHANAN HOKI ANTARA KOR SAYA TELAH MENGALAMI KECEDERAAN LUTUT KIRI. TAHUN 1978 SEMASA MENYERTAI TINJU ANTARA KOMPENI, SAYA MENDAPAT KECEDERAAN DIBAHU KANAN. PADA TAHUN 1979, SEMASA MENJALANI KURSUS ORIENTASI KOMANDO SAYA TELAH MENDAPAT KECEDERAAN DITULANG BELAKANG. TAHUN 1983 - 1998 SEMASA MENJALANI LATIHAN DAN MENYERTAI PERTANDINGAN MENEMBAK DI PERINGKAT DALAM NEGERI DAN LUAR NEGARA SAYA TELAH MENGALAMI MASALAH PENDENGARAN BAGI KEDUA-DUA TELINGA DAN AKHIR SEKALI PADA TAHUN 1999 KETIKA MENJALANI LATIHAN MEMBALING BOM TANGAN, SAYA TELAH MENGALAMI KECEDERAAN DI MATA KANAN AKIBAT SERPIHAN LOGAM (BALL BEARING) YANG MASUK KE DALAM MATA. INI MENYEBABKAN MATA SEBELAH KANAN MENJADI BUTA. PERATUS KESELURUHAN HILANG UPAYA IALAH 60 %
SIPNOSIS KENAM BELAS : 213930 S/SJN ZAKARIA BIN BABA
PASUKAN : ARMOR DIRAJA (MARKAS KOR TENTERA DARAT)
TARIKH : 21 JULAI 1977
TEMPAT : WENG, THAILAND
RINGKASAN KEJADIAN : PADA 21 JULAI 1977 SAYA URUT TERLIBAT " OPERASI CHAHYA BENA " DIANTARA MALAYSIA DAN THAILAND. KETIKA SAYA DITUGASKAN UNTUK MENJEJAKI MUSUH SAYA TELAH TERPIJAK JERANGKAP SAMAR MUSUH. AKIBAT DARI KEMALANGAN ITU KAKI KANAN SAYA TERPAKSA DIPOTONG SEHINGGA KEPARAS LUTUT. PERATUS HILANG UPAYA SAYA IALAH 40 %
SIPNOSIS KETUJUH BELAS :1036253 L/KPL ALIAS ABDUL WAHAB
PASUKAN : MARKAS STESYEN STAF TAIPING
TARIKH : 02 MAC 1977
TEMPAT : GRIK, PERAK DR
RINGKASAN KEJADIAN : TIADA SEBARANG BUTIRAN DIMAKLUMKAN. KETIKA BELIAU TERLIBAT DALAM " OPERASI LEBUH RAYA TIMUR BARAT " BELIAU TERPIJAK JERANGKAP SAMAR MUSUH
SIPNOSIS KELAPAN BELAS : 1019762 KPL MOHD SHAFIE MD ALWEE
PASUKAN : BN 9 RENJER DIRAJA
TARIKH : 11 JULAI 1982
TEMPAT : GUBIR, KEDAH
RINGKASAN KEJADIAN : BUTIRAN LENGKAP TIDAK DIPAPARKAN. SEMASA MENJALANKAN TUGAS DIDALAM OPERASI " SEDAR GUBIR " PADA 11 JULAI 1982 LEBIHKURANG JAM 0850H SAYA TELAH TERPIJAK JERANGKAP SAMAR MUSUH YANG MENYEBABKAN KAKI KIRI SAYA TERPAKSA DIPOTONG HINGGA BAWAH LUTUT. PERATUS HILANG UPAYA SAYA IALAH 40 %
SIPNOSIS KESEMBILAN BELAS : 1024449 KPL MUSA BIN ABD MANAF
PASUKAN : BN KE 9 RAMD
TARIKH : 30 JULAI 1980
TEMPAT : PADANG SENAI [ DURIAN BURUNG ], KEDAH
RINGKASAN KEJADIAN : PADA 30 JULAI 1980 KETIKA SEDANG MEMBUAT OPERASI DIPADANG SENAI, KEDAH SAYA TELAH TERPIJAK JERANGKAP SAMAR ,USUH DIMANA IA MENGAKIBATKAN KECEDERAAN DIMATA KIRI SAYA MENJADI BUTA. PERATUS HILANG UPAYA SAYA IALAH 25 %
SIPNOSIS KEDUA PULUH : 1051223 KPL KAMARUDDIN BIN ZAINI
PASUKAN : REJ 503 AW
TARIKH : 16 MAC 1986
TEMPAT : GUBIR, KEDAH
RINGKASAN KEJADIAN : PADA 16 MAC 1986 KETIKA MENJALANKAN TUGAS DIDALAM OPERASI " KOTA CHARLE / DELTA " SAYA TELAH TERPIJAK JERANGKAP SAMAR MUSUH DI QTR 428569. AKIBAT DARI KEMALANGAN ITU SAYA MENGALAMI KECEDERAAN " RIGHT SCAPULAR REDION ABD RIGHT ARM ".
SIPNOSIS KEDUA PULUH SATU : 211739 SJN MD YUSOF KAMARUDDIN
PASUKAN : SKN SEMBOYAN 10 BGD
TARIKH : 27 MEI 1980
TEMPAT : JALAN IPOH - KAMPAR
RINGKASAN KEJADIAN : PADA 27 MEI 1980 SEMASA DALAM PERJALANAN DIDALAM EKSASAIS " GONZALES 1V " KONVOI TELAH BERHENTI DITEPI JALAN UNTUK MENGISI MINYAK. KETIKA MENUNGGU UNTUK MENGISI MENYAK TIBA-TIBA SEBUAH VAN TELAH MELANGGAR BELAKANG LAND ROVER YANG BERADA DIBELAKANG SEKLAI DIDALAM KONVOI. HASIL DARI PELANGGARAN TERSEBUT MENYEBABKAN LAND ROVER TERSEBUT BERGERAK KEHADAPAN. PADA KETIKA ITU SAYA SEDANG BERADA DIANTARA LAND ROVER DAN KEENDERAAN DIHADAPAN. PELANGGARAN INI MENGAKIBATKAN SAYA TERSEPIT DIANTARA DUA BUAH KENDERAAN TERSEBUT MENYEBABKAN KECEDERAAN TERUK DIKAKI SAYA. SETELAH DIBAWA KEHOSPITAL BESAR IPOH UNTUK MENDAPAT RAWATAN LANJUT, KAKI KANAN SAYA TERPAKSA DIPOTONG SEHINGGA PARAS LUTUT.
No comments:
Post a Comment