MUKADDIMAH





KATA - KATA ALUAN DARI PENGERUSI




Assallam Mualaikum warroh matullah hibawarokaatuh

Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia untuk  semua para pelayar laman ini.

Syukur Alhamdulillah, dengan limpah rahmatNya Kelab Orang Kurang Upaya [ OKU ] Veteran Perang [ VP ] Negeri Perak telah ditubuhkan pada 22 Januari 2010. Tujuan penubuhan Kelab ini adalah bagi memperingati jasa dan pengorbanan para Pegawai dan Anggota, anak-anak watan Negeri Perak yang telah mengalami kecederaan kekal dan telah menjadi Orang Kurang Upaya [ OKU ]. Anggota-anggota tersebut telah mengalami kecederaan ketika bertugas semasa OPERASI / LATIHAN MEDAN di bawah panji Angkatan Tentera Malaysia.

Walaupun tidak lengkap dan serba kekurangan, laman website ini diharapkan dapat mengambil tempatnya sebagai salah satu catatan sejarah kecederaan dialami oleh anak-anak watan Negeri Perak menentang Pengganas Komunis di Malaysia Barat dan Malaysia Timur sepanjang tahun 1960 hingga 1989. Laman web ini adalah hasil usaha penulisan, kata-kata dan ingatan daripada mereka yang di nyatakan namanya. Segala usaha telah dibuat untuk merakamkan segala kegiatan dan kejadian dengan tepat dan segala fakta di catatkan sewajarnya. Namun demikian sekiranya terdapat kesilapan atau kesalahan, kami terimanya untuk dibuat pembetulan. Saya mewakili seluruh ahli-ahli kelab ini terlebih dahulu memohon maaf dan menerima sebarang komen dan akan membuat pembetulan dengan ihklas sekiranya ada.

Akhir kata saya mengucapkan Terima Kasih kepada mereka yang sama-sama telah menjayakan penubuhan kelab ini. Sekian dimaklumkan. Wassallam
Salam hormat dari

KAPTEN ROSLAN BIN MOHD DIN [ BERSARA ]
Pengerusi
Kelab OKU VP Negeri Perak


PERMOHONAN SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENGISI DANA KELAB OKU PERAKKelab Orang Kurang Upaya [ OKU ] Veteran Perang [ VP ] Negeri Perak telah ditubuhkan secara rasminya pada 22 Januari 2010 dengan No. Sijil Pendaftaran 02 - 9 - 10 - PRK. Ahli-ahli Kelab buat masakini berkekuatan 59 orang [ 56 Pesara Tentera dan 3 Balu ], anak jati Negeri Perak Darul Ridzuan, telah menjadi Orang Kurang Upaya dan mengalami kecederaan kekal 20% keatas, yang berlaku ketika menjalankan tugas Operasi dan Latihan Medan.Tujuan utama Kelab ini di tubuhkan adalah untuk membela dan menjaga kebajikan ahli-ahli termasuk keluarga tanggungan mereka yang memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan.Secara amnya kecacatan / kecederaan yang dialami oleh ahli-ahli kelab dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

a.    Satu kaki di potong
b.   Dua-dua kaki di potong
c.    Satu tangan di potong
d.   Satu mata buta
e.   Lain-lain kecederaan

Pencen Hilang Upaya yang di terima setiap bulan secara amnya adalah tidak melebihi RM 200.00 [ Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja ]. Oleh yang demikian bagi membantu mengatasi kos sara hidup yang kian meningkat pada setiap tahun maka Kelab OKU VP Negeri Perak terpaksa di tubuhkan dan berharap ianya dapat membantu ahli-ahlinya. Justeru itu berpandukan kepada maklumat ringkas ini, adalah di harapkan agar para pembaca dapat menyelami masalah yang di hadapi oleh ahli-ahli Kelab ini dan seterusnya dapat menghulurkan sumbangan dalam bentuk bantuan kewangan bagi mengisi Dana untuk Kelab OKU VP Negeri Perak. Sebarang bantuan bolehlah di berikan kepada butiran akaun seperti berikut  :

a.   Nama Bank        :     HONG LEONG ISLAMIC
b.   No. Akaun          :     3350  1000  216

Akhir sekali sebelum mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan diruangan ini selaku Pengerusi dan mewakili seluruh warga Kelab OKU VP Negeri Perak  mengucapkan Terima Kasih terlebih dahulu kerana telah sudi meluangkan masa untuk melawati laman ini dan berkongsi masalah dan membantu menangani masalah ini. Kerjasama dari semua amatlah kami harapkan. Pada yang telah membantu saya mengucapkan ' Jazakallah Hukhairan Kasiira ' Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi di alamat berikut :

KELAB ORANG KURANG UPAYA [ OKU ] VETERAN PERANG(VP) 
NEGERI PERAK
No. 13, Laluan B.G, Perdana 8,
Taman Batu Gajah Perdana,
31550 PUSING, Perak Darul Ridzuan
No. Hp      :     013 - 5201382
E.Mail       :     zoh_3894@yahoo.com

SUMBANGAN KEWANGAN DAN PERALATAN  :

Sejak Kelab ini ditubuhkan pada Januari 2010, pihak Kelab telah menerima beberapa bentuk sumbangan iaitu Kewangan dan Peralatan. Sumbangan adalah dari Syarikat, Pertubuhan dan juga Orang Perseorangan. Berikut adalah antara sumbangan kewangan dan juga peralatan yang telah diterima  :

1.   Ahli Dewan Undangan Negeri Perak [ ADUN ] Kawasan Sg Rapat [WANG].
2.   PERODUA  -  Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Berhad. [WANG].
3.   BAKTI  -  Badan Amal & Kebajikan Tenaga Isteri. [WANG].
4.   Orang Perseorangan [ WANG dan PERALATAN] 

Kepada yang telah memberikan sumbangan, seluruh warga Ahli Kelab OKU Veteran Perang Negeri Perak merakamkan ucapan terimakasih dan Jazakallah Hukhairan Kasiiraa

No comments:

Post a Comment